Hunter atau jumper Show jumping

Pakaian show jumping yang betul, seperti yang dilihat di acara show jumping dalam temasya tiga hari. Pakaian di acara termasuklah kain lilit lengan yang wajib, meski kain itu tidak wajib di pertunjukan am.

Sesiapa yang asing dengan pertunjukan kuda mungkin keliru akan perbezaan antara kelas hunter dan kelas jumper. Kuda hunter dinilai secara subjektif berdasarkan setakat mana ia mencapai takat tingkah laku, gaya dan lenggok jalan yang memuaskan, sementara kuda kelas jumper dinilai secara objektif, keseluruhannya berasaskan markah angka yang hanya ditentukan oleh sama ada kuda itu menduga halangan, melepasinya, dan selesai mengitari balapan dalam masa yang ditetapkan. Balapan jumper seringkalinya berwarna-warni, dan adakalanya direka bentuk secara kreatif. Balapan jumper selalunya lebih rumit dan teknikal daripada balapan hunter kerana kuda dan penunggang tidak dinilai berasaskan gaya. Kuda hunter mempunyai pembawaan yang cermat dan cenderung ke arah kelengkapan kuda dan penunggang yang senyap dan amat konservatif. Penggunaan lagam, kekang, cambuk, pacu, dan martingal untuk hunter dikawal selia dengan ketat. Jumper, walaupun dijaga dan dibersihkan rapi kudanya, tidak dimarkahi berasaskan penampilan, dibenarkan pilihan kelengkapan yang lebih longgar, malah penunggang lebih bebas memilih pakaian asalkan mematuhi peraturan. Namun begitu, penampilan yang formal sentiasa diutamakan lantaran penunggang yang kemas meninggalkan tanggapan yang baik di pertunjukan.

Selain hunter dan jumper, terdapat kelas equitation atau hunt seat yang menilai kebolehan penunggang. Kelengkapan, pakaian, dan corak pagar yang digunakan dalam equitation lebih mirip dengan kelas hunter, biarpun kesukaran teknik balapan itu mungkin lebih mirip dengan acara lompat.